TOTTENHAM 3 DORTMUND 1
Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, melabel Harry Kane sebagai salah seorang penyerang terbaik dunia selepas pemain England itu mencetak dua gol ke atas Borussia Dortmund dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
Kane sekali lagi menjadi nadi untuk Spurs meraih kemenangan 3-1 dalam aksi Kumpulan H.
Kane kini merekodkan empat gol dalam dua perlawanan dan untuk itu, Pochettino menghamburkan pujian terhadap pemain berusia 24 tahun itu.
"Kane menakjubkan," katanya dalam laman UEFA.
"Hari ini, dia menyumbat gol dalam Liga-Juara-Juara. Dia berhak meraih pujian.
"Bagi saya, dia merupakan salah satu penyerang terbaik di dunia. Dalam saingan Liga Juara-Juara, sebuah pertandingan paling penting di dunia, jaringan akan menghadirkan pujian yang berhak diterimanya."
Terlebih dahulu, Kane mencipta gerakan buat jaringan awal oleh Son Heung-min sebelum Andriy Yarmolenko mengikat kedudukan pada babak pertama.
Pengurus Dortmund, Peter Bosz, turut memuji Kane dan mendedahkan mereka sedar mengenai penyudah berbisa penggempur itu.
"Jelas sekali Harry Kane merupakan pemain yang bagus. Dia sangat tegap. Anda boleh lihat gol keduanya apabila dua pemain saya gagal mengekangnya," kata Bosz.
"Kami sudah mengetahui kemampuannya. Dia pemain yang handal."