Skip to main content

Bola Sepak

Kamu tidak istimewa, kalah setiap minggu -- Laung penyokong Manchester United kepada Amorim

amorimmmm.png
Laungan penyokong Manchester United kepada ketua jurulatih baru pasukan itu, Ruben Amorim, ketika tewas kepada Newcastle dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam satu video yang tular di laman X mencuri tumpuan.

Dalam perlawanan itu menyaksikan The Red Devils ditumbangkan Newcastle United 0-2 di laman sendiri untuk berada di kedudukan ke-14 dalam carta liga dengan hanya 22 mata selepas perlawanan. 



 

Penyokong pasukan itu yang tidak dapat manahan amarah selepas pasukan kesayangannya itu tewas dalam empat aksi berturut-turut melaungkan: 'Kamu tidak istimewa, kalah setiap minggu' kepada Amorim.

Manchester United akan membuat perhitungan berdepan Liverpool dalam aksi seterusnya saingan EPL di Anfield pada 6 Januari depan.

Advertisement

Must Watch Video