Skip to main content

Bola Sepak

Kami tidak mahu jadi mangsa 'harimau luka' -- Wan Mustaffa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mustafa19218.jpg
Jurulatih UiTM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail, enggan mendabik dada dengan kedudukan tangga ketiga untuk menentang Terengganu FC (TFC II) dalam Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Jumaat ini.

Menurutnya, kedudukan semasa TFC II di tangga kedua tercorot tidak memberi gambaran sebenar kemampuan mereka.

Katanya, UiTM FC harus berwaspada dengan ancaman lawan itu memandangkan perlawanan berlangsung di Kuala Terenganu.

"TFC II satu-satunya pasukan yang belum mendapat rentak lagi. Jadi, kami perlu berhati-hati dengan pasukan yang orang kata umpama 'harimau yang luka'. Kami tidak mahu menjadi mangsa," katanya.

Wan Mustaffa turut yakin dua tonggak import, Kota Kawase dan Lucas Pugh, yang kini mengalami kecederaan ringan akan sempat pulih berdepan pasukan itu.

Dalam pada itu, seorang lagi awang import, Dao Bakary, mengakui dia kini sudah bersedia untuk beraksi dalam kesebelasan utama pasukan untuk aksi keempat UiTM FC.

Bakary sebelum ini hanya masuk pada babak kedua dalam tiga aksi terdahulu liga.

"Kini, kami sudah sedia bermain dalam kesebelahan utama dan saya yakin kecergasaan saya sudah baik. Insya-Allah. 

"Aksi menentang TFC II akan menjadi penting kerana kami mahukan kemenangan untuk naik di atas liga," kata import kelahiran Ivory Coast itu.

Advertisement

Must Watch Video