LIGA SUPER MSIA
Kami sedia tangani ancaman Ghaddar -- Longhi
Pengendali sementara Johor Darul Ta'zim (JDT), Raul Longhi, menyifatkan barisan pemain yang bakal diturunkan di Stadium Sultan Muhammad IV mampu menghalang asakan penyerang Kelantan, Muhammad Ghaddar, malam ini.
Bagi Longhi, pemain-pemainnya amat memahami corak permainan Ghaddar yang pernah beraksi bersama JDT, musim lalu.
Longhi turut menyifatkan Kelantan akan memberikan ujian getir buat pasukannya kerana selain Ghaddar, skuad kendalian Fajer Ibrahim itu kini diperkuatkan ramai tonggak muda.
Iklan
"Mereka memiliki barisan pemain yang berkualiti dan Ghaddar adalah penyerang utama mereka," kata Longhi.
"Kami perlu berusaha untuk mengawalnya daripada melakukan percubaan.
"JDT akan menampilkan gaya permainan terbaik ketika berdepan Kelantan," ujarnya lagi.
Longhi turut menyasarkan tiga mata untuk terus melebarkan jurang mata dengan pencabar terdekat mereka dalam saingan Liga Super, Pahang.
Sementara itu, jurulatih Kelantan, Fajer Ibrahim, tidak gentar berdepan JDT meskipun mengakui keampuhan skuad Harimau Selatan itu.
Bagi pengendali kelahiran Syria ini, aksi berdepan lawan yang kuat akan turut menjelmakan aksi terbaik pasukannya.
"Saya berdepan pasukan yang berkualiti seperti JDT. Kami memiliki barisan pemain muda yang mampu menampilkan corak permainan terbaik," kata Fajer.
Imej: Asiana
Must-Watch Video