LIGA SUPER MSIA
Kami profesional, kata Dong-hyun
Penyerang Kelantan, Do Dong-hyun, memberi jaminan dia dan rakan sepasukan sudah bersedia menangani PKNS FC dalam aksi Liga Super tatkala mereka diselubungi hukuman denda atau pemotongan mata tertangguh yang dikenakan Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) atas sebab dokumen pendaftaran pasukan musim ini.
Hukuman itu mencetuskan sensasi kerana melibatkan jumlah besar RM1.5 juta kepada setiap satu daripada empat pasukan Liga Super manakala enam pasukan Liga Perdana masing-masing berdepan denda RM500,000.
Bagi pemain dari Korea Selatan itu, setiap pemain perlu bersikap profesional dan tidak memikirkan masalah di luar padang menjelang kunjungan ke Stadium Shah Alam, esok.
Iklan
"Ya, kami cuba untuk meletakkan fokus terhadap aksi di atas padang, ia lebih penting kerana kami adalah pemain bola sepak profesional.
"Kami juga harus menolak semua perkara dan cuma bermain bola sepak," katanya Dong-Hyun.
Nada sama turut dilontarkan seorang lagi pemain Kelantan, Norfarhan Muhammad.
"Sebagai pemain, kami semua tiada masalah kerana kami hanya menjalankan tugas.
"Jadi, untuk aksi berdepan PKNS, pemain-pemain sudah tahu tentang taktikal yang diterapkan oleh jurulatih.
"Kami telah bersedia sebaik mungkin," tambah Farhan.
Must-Watch Video