PIALA MALAYSIA
Kami perlu menang -- Andik
Pemain import Selangor, Andik Vermansyah, enggan maruah Selangor diperkotak-katikkan sekali lagi oleh Kedah, sebaliknya dendam lalu perlu dilunaskan di Stadium Selayang, malam ini.
Dendam Andik masih tersimpan sejak kekalahan di pentas final Piala Malaysia, musim lalu.
Kali ini pertembungan sama berulang, namun bezanya, ia berlangsung lebih awal dalam peringkat suku akhir.
Iklan
Andik tidak rela maruahnya bersama pasukan sekali lagi dinoda Kedah. Dengan kelebihan berlangsung di laman sendiri, Selangor tiada pilihan selain memastikan mengutip bekalan selesa untuk di bawa ke Alor Setar, 24 September ini.
"Yang penting, semua pemain perlu menanamkan hasrat untuk menang kerana aksi kedua di Alor Setar akan memberi kelebihan kepada pihak lawan," katanya.
Enggan misi Selangor tersekat hanya bersandarkan kelebihan di atas kertas yang memihak Kedah, Andik memutuskn Red Giants perlu mengawasi keseluruhan pemain Lang Merah dan bukannya berasa bimbang dengan kelebihan individu skuad dari utara itu.
"Kedah memiliki pemain yang bagus, tidak kira tempatan mahupun import. Kami perlu berwaspada dengan setiap pemain mereka," tambahnya.
Must-Watch Video