Pep Guardiola menjelaskan Manchester City perlu menggunakan Erling Haaland dengan lebih baik agar penyerang itu dapat mengembalikan ketajamannya di hadapan gawang.

The Netizens hanya mencatatkan satu kemenangan dalam 12 perlawanan terakhir semua pertandingan, dengan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) empat kali berturut-turut itu terpaksa akur tewas dalam sembilan perlawanan.

Pemain antarabangsa Norway itu memulakan musimnya dengan menjaringkan 14 gol dalam 13 aksi musim ini, dengan purata gol setiap 81 minit.





Namun, sejak kemerosostan City, Haaland hanya menjaringkan empat kali dalam 11 penampilannya.

"Ia adalah mengenai kami, ia bukan tentang satu perlawanan sahaja.

"Apabila Haaland yang begitu prolifik, maka ia adalah mengenai pasukan. Dia sangat penting untuk kami dan akan menjadi sangat penting. Kami perlu menggunakan dia dengan lebih baik." katanya.






City bergelut dengan kecederaan musim ini, dengan pemain seperti Rodri, Oscar Bobb, dan Ruben Dias terpaksa diketepikan dalam aksi Boxing Day berdepan Everton esok.