Skip to main content

Bola Sepak

Kami adalah Pemburu! -- Kovac mahu Bayern kejar Dortmund

niko-kovac.jpg
Niko Kovac menyifatkan pasukan kendaliannya, Bayern Munich, sebagai "pemburu" yang terdesak untuk mengejar Borussia Dortmund bagi meraih kejuaraan Bundesliga musim ini.

Bayern terus memberikan tekanan kepada Dortmund menerusi kemenangan terbaru 3-1 ke atas Hoffenheim, awal pagi tadi.

Dua jaringan Leon Goretzka dalam babak pertama serta gol lewat permainan daripada Robert Lewandowski memastikan pasukan itu meneruskan rekod enam kemenangan berturut-turut.

Ditemui selepas perlawanan itu, Kovac berkata: "Aksi dalam babak pertama amat menarik.

"Itu adalah sasaran dan apa yang kami mampu lakukan.

"Keputusan itu menggembirakan, kami bermula dengan baik dalam separuh kedua Bundesliga musim ini.

"Kemenangan itu pasti memberikan tekanan kepada mereka.

"Kami adalah pemburu yang akan mengejar Dortmund.

"Kami mahu mengejar mereka dan menjulang kejuaraan musim ini.

"Perkara terbaik adalah untuk meraih kejuaraan," katanya.

Dalam perlawanan pertama mereka tahun ini, Bayern perlu berterima kasih kepada Goretzka yang memaparkan aksi luar biasa menerusi dua jaringan dalam babak pertama.

"Secara keseluruhan, kami bermain dengan amat baik," kata Goretzka

"Prestasi dalam separuh masa pertama amat luar biasa.

"Kami menguasai keseluruhan permainan dan mengemudi perlawanan.

"Separuh masa kedua pula amat memenatkan.

"Bagaimanapun, kami berjaya menamatkan cabaran mereka menerusi serangan balas pantas.

"Mereka memaparkan kebangkitan hebat dan kami perlu melakukan segalanya bagi menghalang mereka.

"Apa yang penting adalah keputusan perlawanan memihak kami.

"Sasaran kami adalah untuk menamatkan musim ini selaku juara.

"Kami kini ketinggalan enam mata, jadi kami adalah pemburu," katanya.

Advertisement

Must Watch Video