Skip to main content

Bola Sepak

Kalvin Phillips berjuang rebut tempat di Manchester City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kalvin-phillips.jpg
Kalvin Phillips ingin kekal di Manchester City dan berhasrat untuk menjadi menemui rentak sebenarnya selepas musim pertama yang sukar di Stadium Eithad.

Pemain antarabangsa England itu berpindah meninggalkan Leeds United musim panas lalu tetapi bergelut dengan minit permainannya berikutan kombinasi kecederaan dan pemilihan jurulatih. 

Phillips, 27, hanya memulakan dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika City mengetepikan kesemua pencabar mereka untuk memenangi gelaran 'treble' bersejarah.


Dia menamatkan musim ini dengan menjaringkan gol pertamanya bersama England ketika membelasah Macedonia Utara 7-0 dalam perlawanan kelayakan Euro 2024 di Old Trafford, semalam, selain memasuki musim panas ini tanpa merancang untuk meninggalkan City.

"Sejujurnya saya tercedera sebelum saya ke City, jadi itu antara sebab utama kerap dibelenggu kecederaan," katanya.





“City banyak membantu saya untuk kembali cergas sepenuhnya dan akhirnya saya sempat beraksi dalam beberapa lagi perlawanan untuk City dan England, jadi pujian terhadap kakitangan perubatan di City kerana membantu saya.

“Niat saya adalah untuk tinggal di sana. Kami baru sahaja memenangi treble, jadi tiada sebab untuk saya pergi melainkan jika saya tidak bermain, saya pasti perlu memikirkannya.

“Saya tidak boleh hanya memberikan tempoh 12 bulan dan berkata, ‘Saya tidak bermain jadi saya perlu berhijrah’. Saya datang ke Manchester City untuk memenangi trofi dan kami memenanginya tetapi saya tidak beraksi seperti yang diharapkan. 

“Dengan England saya mendapat peluang tetapi diketepikan juga kerana kecederaan. Bagus untuk kembali cergas. Saya tiada apa yang perlu dirisaukan sekarang. Semuanya baik-baik saja dengan fizikal saya. 

"Saya akan terus bekerja keras musim depan dan saya harap dapat melakukannya dengan baik lagi apabila saya kembali ke City.”

Advertisement

Must Watch Video