Skip to main content

Bola Sepak

Kalau tak suka TRW, jumpa saya - Zamsaham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zamsaham-norizam-tukiman-kelantan-fc.jpg
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman, mengajak pihak yang kurang senang dengan The Red Warriors (TRW) supaya tampil untuk berdepan dengannya.

Menurut Norizam atau lebih dikenali Zamsaham, dia mengakui ada pihak yang sering menabur fitnah serta mahu melagakan dan merosakkan TRW.

Katanya, iklan jawatan kosong palsu yang direka di sebuah laman sesawang tawaran kerja mengenai kelab itu juga merupakan satu bukti fitnah kepada TRW.

"Iklan jawatan kosong pengarah teknikal TRW yang dibuat pada 14 Ogos itu bukan dibuat oleh TRW Kelantan FC, ia fitnah dan dibuat oleh 'hantu' yang memang nak melaga-laga dan rosakkan TRW.

"Saya dah minta pasukan undang-undang untuk membuat laporan kepada laman sesawang tersebut dan turut melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

"Kepada yang buat itu, kalau tak suka saya atau TRW, jumpa saya berdepan kan senang. Apa guna baling batu sembunyi tangan," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Sebelum ini, tular di sebuah laman sesawang iklan tawaran kerja yang memaparkan kelab itu mahu mencari individu untuk jawatan pengarah teknikal tetapi mahu membayar dengan gaji yang tidak setimpal dengan jawatan yang ditawarkan.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video