Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Kad merah Kim Swee hiasi aksi seri Sri Pahang-Sabah

datuk-ong-kim-swee.jpg
SRI PAHANG 1 SABAH 1 

Sri Pahang dan Sabah FC terpaksa berpuas hati untuk berkongsi satu mata di Stadium Darulmakmur, sebentar tadi.


Selepas dua jaringan terhasil dalam tempoh 26 minit, tiada lagi gol dicipta dalam separuh masa kedua untuk memisahkan kedua-dua pasukan. 

Sabah yang dikemudi Datuk Ong Kim Swee biarpun membuat rombakan terutama merehatkan Saddil Ramdani, terlebih dahulu melancarkan gerakan di depan pintu gol tuan rumah untuk 
Daniel Ting memecah kebuntuan pada minit ke-14 dengan tandukan kemas untuk menewaskan penjaga gol Tok Gajah, Izham Tarmizi Roslan. 

Namun, Kpah Sherman menyelamatkan kedudukan Sri Pahang pada minit ke-26.

Usaha Sang Badak memburu kemenangan direncatkan apabila pengadil, Noor Azriel Baharudin, bertindak tegas dengan menyingkirkan Datuk Ong Kim Swee berhubung insiden di bangku simpanan ketika tempoh permainan bersisa 25 minit.

"Kami memulakan permainan agak lambat panas sedikit. Kami tidak dalam permainan dalam tempoh 15 minit.

"Sabah nampak lebih rancak jadi kami perlu waspada. Sebaik kami mula bertenang, kami dapat mengatur gerakan.

"Keputusan hari ini mungkin baik buat kedua-dua pasukan yang mempunyai peluang yang tidak dikemaskan dengan baik," kata jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad.  




Pembantu jurulatih Sabah, Rastislav Bozik, yang diwawancara selepas perlawanan: "Kami datang untuk menang. Di sebalik keletihan pemain, kami masih mengancam berdasarkan peluang dicipta termasuk bola pegun. 

"Pemain berjuang, Kami berbahaya dan mencipta situasi sukar, ia hanya mengenai perincian sahaja pada malam ini."

Advertisement

Must Watch Video