Juventus mengesahkan mereka berminat untuk mendapatkan Aaron Ramsey tetapi menjangkakan beberapa kelab Eropah turut mengejar pemain Arsenal itu.
Memandangkan kontraknya bersama The Gunners bakal tamat penghujung musim ini, Ramsey kini bebas untuk berbincang dengan kelab di luar England mengenai perpindahan percuma dan Juve dikaitkan dengan usaha tersebut.
Real Madrid, Bayern Munich dan Paris Saint-Germain (PSG) turut dikatakan bakal menjadi destinasi tonggak Wales itu tetapi Juve dilihat mendahului perlumbaan mendapatkan Ramsey.
Pengarah Sukan Juventus, Fabio Paratici, berkata pendahulu Serie A itu sedang melihat situasi Ramsey tatkala mereka mahu memperkuatkan skuad kendalian Massimiliano Allegri itu bagi musim 2019/20.
"Kami bermula dengan sasaran tinggi tetapi sentiasa melihat untuk meningkatkan pasukan. Kami terbuka dengan peluang di pasaran," katanya.
"Ramsey adalah pemain hebat. Dia sudah beraksi di peringkat tertinggi untuk tempoh yang lama dan bermain buat pasukan yang bagus. Setakat ini, itu sahaja.
"Dia bakal menuju pengakhiran kontrak dan seperti saya katakan sebelum ini, kami sentiasa melihat kepada situasi yang ditawarkan dalam pasaran perpindahan kerana itu tugas kami. Ramsey juga menarik perhatian Juve.
"Tiada perjanjian yang telah dicapai. Kini, dia masih pemain Arsenal dan bukan kami sahaja yang berminat."