Skip to main content

Bola Sepak

Jurulatih Vietnam sedia panggil penyerang berdarah Brazil hadapi Harimau Malaya?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

xuan.jpg
Ketua jurulatih Vietnam, Kim Sang-sik, difahamkan bakal menggunakan kembali khidmat penyerang naturalisasi mereka, Rafael Bezerra Fernandes, dalam baki kempen Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Laos dan Malaysia nanti.

Pemain berusia 28 tahun yang turut dikenali sebagai Nguyen Xuan Son itu sebelum ini sudah kembali membuat penampilan bersama kelab Nam Dinh -masuk sebagai pemain gantian- selepas mengalami kecederaan serius patah kaki kanan dalam aksi final kedua Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 (AMEC).


 


Setakat ini, Rafael telah mengumpul empat kap bersama skuad kebangsaan Vietnam, dengan merekodkan tujuh gol dan tiga bantuan jaringan.

Mengikut MakanBola berkongsikan: "Ini berdasarkan surat panggilan rasmi Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) yang dihantar kepada kelab Rafael, Thep Xanh Nam Dinh. Selain Xuan Son, Sang-sik turut memanggil Nguyen Van Vi.

"Semua pemain yang dipanggil akan menyertai selepas tamat aksi V. League 1 pada 10 November. Kesemua pemain akan menjalani pemeriksaan perubatan bagi memastikan mereka benar-benar cergas." kongsinya.

Skuad Naga Emas itu akan berdepan Laos pada 18 November nanti sebelum menghadapi cabaran Malaysia pada 31 Mac 2026 bagi aksi terakhir perlawanan Kumpulan F.

Untuk rekod, dalam perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan skuad kendalian Peter Cklamovski menewaskan Vietnam 4-0, sekali gus menamatkan badi kekalahan 11 tahun selepas kali terakhir menang pada 2014 lalu.
 
Nike

Nike BIG Discount

Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat

Advertisement

Must Watch Video