Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, tidak menolak untuk menandatangani pertahanan pada musim panas andai berpeluang.
Tatkala semua tumpuan terarah kepada mengukuhkan bahagian tengah apabila mereka bakal kehilangan James Milner, Alex Oxlade-Chamberlain dan Naby Keita bulan depan, tetapi pengurus Reds itu masih mahu mengukuhkan posisi lain.
"Ketika ini kami memantau semua posisi selain penjaga gol," katanya.
"Ya, jika ada yang bagus di luar sana, saya tidak akan menafikannya."
Liverpool sudah pun melakukan banyak kerja asas di bawah pengarah sukan yang akan mengosongkan kedudukannya, Julian Ward, tetapi kelab itu masih belum mengumumkan penggantinya walaupun bekas ketua Wolfsburg, Jorg Schmadtke, disebut-sebut sebagai calon ideal.

“Saya tidak boleh mengulas mengenai perkara ini tetapi jika ia berlaku, ia bukan disebabkan 'Jurgen Klopp’ memandangkan kami berdua adalah warga Jerman atau kedua-duanya mengenali di antara satu sama lain. Itu tidak ada kaitan dengannya,” tambah pengurus itu.
“Saya tahu dia seorang yang baik dan seorang yang bijak. Tugas yang dia lakukan di Jerman pastinya sangat bagus, sangat berjaya.
“Kita boleh bercakap tentang (bekas pengarah sukan Klopp di Borussia Dortmund) Michael Zorc: mereka sebaya dan dalam situasi yang sama.
"Terdapat beberapa pengarah sukan yang bagus di Jerman yang anda akan terkejut dengan kebolehan mereka."