Jurgen Klopp memuji Darwin Nunez selepas dia kembali ke kesebelasan utama Liverpool ketika membantu pasukan merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Fulham awal pagi tadi.
Pemain kebangsaan Uruguay itu, yang telah menjaringkan 15 gol pada musim sulungnya di Anfield, hanya bermain sekali dalam tujuh perlawanan terakhir The Reds sejak rehat antarabangsa Mac.
Sementara itu, dia tidak turun di posisi penyerang tengah sejak kekalahan 3-0 di tempat lawan kepada Wolves pada awal Februari.
Dengan ketiadaannya dalam kesebelasan utama, Liverpool telah menyusun enam perlawanan tanpa kalah, memenangi empat perlawanan terakhir mereka. Tetapi pemain berusia 23 tahun itu menghadirkan impak ketika turun beraksi menentang Fulham, memenangi penalti yang membolehkan The Reds mendapatkan tiga mata penuh.
Klopp telah mengkritik Nunez dalam beberapa minggu kebelakangan ini, membayangkan perjuangannya dengan bahasa Inggeris dan tuntutan pertahanan Liverpool telah menyumbang kepada kejayaannya di bangku simpanan. Tetapi pengendali Liverpool itu gembira dengan usaha penyerang itu menentang Cottagers.
“Sudah tentu (kami nampak apa yang kami mahu). Ia sangat penting,” kata Klopp.
“Pada mulanya, mempertahankan bahagian tengah menentang Fulham sangat penting kerana Palhinha memberikan kesukaran buat kami. Hantarannya cukup berbahaya.
“Kami membuka peluang buat mereka dan hampir menghukum kami, namun pasukan kembali mengawal rentak permainan.
“Nunez bermain dengan sangat baik. Dia sentiasa menjadi pilihan yang tepat untuk kami.
“Gerakan pantas menekan pertahanan lawan membantu kami memastikan kemenangan Liverpool.Dia bermain dengan cukup bagus.”