LIGA INGGERIS
Jurang terlalu besar -- Conte mahu perbaiki mutu skuad Spurs
Antonio Conte "100 peratus pasti" bahawa Tottenham mesti memperbaiki diri jika mereka mahu merapatkan jurang dengan pasukan terkemuka Liga Perdana Inggeris.
Conte menggantikan Nuno Espirito Santo sebagai ketua jurulatih 2 November lalu, menang enam, seri tiga dan kalah dua dalam 11 perlawanan setakat ini.
Spurs di tangga keenam liga -- namun mereka memiliki kelebihan dua perlawanan -- dan sudah melangkah ke separuh akhir Piala EFL, dengan bekas skuad kendalian Conte, Chelsea merupakan lawan mereka.
Iklan
Tottenham turut tersingkir daripada saingan Liga Conference Europa di peringkat kumpulan selepas perlawanan terakhir berdepan Rennes -- di mana mereka memerlukan kemenangan -- tidak dapat dijadual semual selepas aksi itu ditunda ekoran penularan COVID-19.
Conte tahu kelab itu tidak akan dapat bersaing di peringkat tertinggi jika pemain tambahan tidak dibawa masuk dan percaya dia telah memikirkan pemain mana yang boleh dia harapkan dan mana yang perlu diturunkan.
"Sudah pasti [Tottenham memerlukan pemain baru pada Januari]. Selepas hanya dua minggu saya berkata kami perlu meningkatkan kualiti skuad ini dan pasti kami perlu melakukannya," kata Conte.
"Saya pasti selepas tujuh hingga 10 hari tentang perkara ini dan kemudian saya perlu membuat penilaian tentang siapa yang boleh saya harapkan dan siapa yang tidak boleh saya harapkan..
"Jurang sangat besar dan kami perlu bekerja banyak dan cuba membina dan memperbaiki skuad kami.
"Ya, saya rasa [penilaian saya sudah lengkap]. Bukan saya rasa, saya pasti 100 peratus. Saya membuat penilaian selepas dua bulan bekerja dengan pemain saya. Yang pasti sekarang keadaan lebih jelas berbanding sebelum ini.
"Saya sedang menunggu untuk mengadakan pertemuan dengan kelab dan kemudian juga untuk memberikan pendapat saya tentang skuad dan apa yang saya fikirkan tentang situasi kami. Yang pasti saya sedang menunggu pertemuan tersebut."
? Next up: Watford (A) pic.twitter.com/YcWbl4qewH— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) December 29, 2021
Berikutan keputusan seri 1-1 yang mengecewakan menentang Southampton yang beraksi 10 pemain, Spurs berdepan Watford pada Hari Tahun Baru dengan harapan dapat merapatkan jurang dengan empat pasukan teratas.
Must-Watch Video