Skip to main content

Bola Sepak

Juara Piala Malaysia 1999, Brunei buat kemunculan semula dalam Liga Super?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

brunei.jpg
Bekas juara Piala Malaysia 1999, Brunei, merupakan pilihan terbaik selaku pasukan jemputan yang akan bermain dalam Liga Super bermula musim depan.

Menurut pemerhati bola sepak tempatan, Azlan Johar, reputasi hebat yang dimiliki pasukan itu mampu mengekalkan kemeriahan liga yang berisiko kehilangan tiga gergasi utama negara.

Kelantan Darul Naim, Kedah dan Sri Pahang berpotensi meninggalkan kancah utama ekoran dibelenggu masalah kewangan yang semakin meruncing.

"Ini adalah satu perkembangan yang baik di mana hubungan dua negara dapat disatukan melalui bola sepak.

"Sudah tentu, kewangan menjadi diskusi utama.

"Apa salahnya membantu Brunei megembangkan struktur bola sepak mereka untuk menonjolkan kehebatan," katanya di Nadi Arena.

Untuk rekod, pasukan Singapura, LionsXII, pernah berkelana di Malaysia selaku skuad jemputan sekitar 10 tahun lalu dan menjadi pencabar terkuat ketika itu. 

Bermula musim hadapan, penstrukturan Liga Malaysia (Liga-M) sekali lagi dijangka berlaku menerusi penyertaan 10 skuad sahaja.

Sementara itu, dilaporkan bahawa Liga Perdana juga bakal kembali diwujudkan sebagai liga kedua dalam sistem piramid bola sepak negara.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video