Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Jorgensen jadi pilihan utama isi gawang Chelsea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jorgensen.jpg
Enzo Maresca mengesahkan bahawa Filip Jorgensen adalah penjaga gol pilihan pertamanya berbanding Robert Sanchez di Chelsea.

Sanchez digugurkan daripada kesebelasan utama The Blues untuk kemenangan 2-1 ke atas West Ham dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi kembali dipertaruhkan dalam kekalahan Piala FA kepada Brighton.

Bagaimanapun, Maresca berkata Jorgensen bersedia untuk meneruskan tugasan liga apabila mereka memperbaharui perseteruan dengan The Seagulls, awal pagi esok. 

Sanchez telah dikritik atas beberapa siri kesilapan musim ini daripada 27 gol yang dibolosinya. 

Pengurus Chelsea itu berkata mengenai situasi penjaga golnya: "Saya berkata bahawa Filip  juga diturunkan adalah demi memberi Robert sedikit masa untuk pulih daripada segi mental dan fizikal.

“Tetapi ideanya bukanlah untuk menukar penjaga gol dalam setiap perlawanan.

 

"Dalam perlawanan terakhir EPL, kami menurunkan Filip dan dalam Piala FA pula adalah Robert. Penjaga gol utama kami pada masa ini ialah Filip.

“Saya bercakap dengan Robert beberapa hari sebelum bertemu West Ham yang mana saya membuat keputusan untuk memilih Filip. 

"Mereka tahu keadaannya. Beginilah situasinya ketika ini dan kemudian kita akan lihat."

Advertisement

Must Watch Video