Skip to main content

Bola Sepak

'Jika pertembungan libatkan 11 lawan 11, keadaan akan lebih berbeza' -- Fandi Ahmad

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fandi-new.jpg
Itu buah fikiran dilontarkan Ketua Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad, yang tampak ada nada kesal dengan beberapa keputusan pengadil perlawanan final Piala Malaysia semalam.

Hrapan Fandi melihat perlawanan yang adil sudah dilontarkan sehari sebelum perlawanan dengan kata-kata 'adil itu kemakmuran'. 

Ironinya, Fandi tampil untuk tidak mengulas panjang sebaik 90 minit aksi akhir Piala Malasia tamat dengan hanya mengeluarkan kenyataan 'anda semua mampu menilai'.

Sukar atau tidak untuk terjemah setiap kata kata bertapis dari bekas pemain kebangsaan Singapura itu, Fandi langsung tidak kecewa dengan prestasi anak buahnya semalam.

"Bukan bidang saya untuk bercakap tentang pengadil. Saya hanya kecewa kami terpaksa bermain tanpa seorang pemain dalam perlawanan ini, ia menjejaskan strategi pasukan dan semua dapat melihat dan anda boleh menilai," kata Fandi menerusi rancangan Nadi Weekend.

"Saya dan pemain tidak kecewa, cuma kesal terhadap perkara-perkara tertentu."

Sementara itu ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim, Hector Bidoglio memilih untuk tidak menganalisa keseluruhan prestasi pemainnya dengan kemenangan tipis 2-1 ke atas Sri Pahang.

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video