Skip to main content

Bola Sepak

Jika diberi pilihan Nooa Laine patut ke Selangor atau JDT?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fxs-kg4aqaalrxk.jpg
Menjelang tiga bulan aksi Liga Super 2024/2025 yang bakal membuka tirainya, pasukan yang menduduki tangga kedua liga super edisi lepas iaitu Selangor FC tampak giat melakukan persiapan rapi untuk memberi tentangan sengit kepada pasukan-pasukan lain. 

The Red Giants secara rasminya telah mengumumkan skuad mereka akan diperkuatkan dengan kemunculan pertahanan pertahanan Uzbekistan, penjaga gol tempatan yang berhijrah dari Kuala Lumpur City FC, Azim Al-Amin serta Umarbek Eshmurodov, Ronnie Fernandez dan Alvin Fortes di bahagian serangan. 

Jika sebelum ini fanatik Selangor dikejutkan dengan berita Brendan Gan secara rasminya tinggalkan Selangor kini nampaknya mereka boleh kembali tersenyum gembira jika khabar angin terbaru - Selangor berminat untuk mendapatkan khidmat pemain muda yang berpangkalan di Finland, iaitu Nooa Laine.

Masih tiada kesahihan tentang khabar angin ini, namun jika benar ini berlaku khidmat Nooa pastinya ditagih untuk menggantikan Brendan Gan sekaligus memperkuatkan posisi tengah buat The Red Giants.  

Melalui hantaran dari laman X, Onefootball.my ini adalah ciapan tersebut, “Pemain kebangsaan yang bakal ke Liga Malaysia kini bermain di luar negara, Nooa Hamzah Laine difahamkan dalam radar Selangor FC untuk musim ini. Jika tiada apa apa halangan, Nooa akan diumumkan oleh Selangor dalam masa terdekat,” 
 

Sebelum ini Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku pemilik JDT pernah memberi bayangan pemain skuad kebangsaan berkenaan akan menyertai skuad kendalian Hector Bidoglio namun khidmat pemain berusia 21 tahun itu tidak ditagih dalam masa terdekat. 

Namun, segala-segala boleh berubah bergantung kepada perbincangan akhir nanti. Jika diberi pilihan Nooa Laine patut ke Selangor ke JDT?

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video