Skip to main content

Bola Sepak

Jersi Harimau Malaya, Portugal miliki persamaan!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-x-puma.jpg
Era baharu bola sepak Malaysia telah dilancarkan secara rasmi hari ini dengan PUMA Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memeterai kerjasama empat tahun yang cukup penting pada majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di ibu kota.

Ia direka dengan warna kebangsaan ikonik pasukan iaitu kuning dan hitam, yang melambangkan kebanggaan dan daya tahan. 

Menampilkan teknologi ULTRAWEAVE revolusioner PUMA, jersi itu direka bentuk untuk memberikan keselesaan ringan, fleksibiliti dan ketahanan, membolehkan pemain beraksi pada tahap tertinggi, sama ada di gelanggang tempatan atau pentas global.

Seiring dengan penghijrahan jenama bagi skuad kebangsaan Portugal, tanda harga jersi skuad kebangsaan dijangka sama dengan pasukan handalan Eropah itu yang ketika ini sudah mula dijual dalam pasaran Malaysia.
 
 

Advertisement

Must Watch Video