BOLA SEPAK MSIA
Jersi baru Harimau Malaya 'hangat'
Kecoh di media sosial mengenai jersi baru Harimau Malaya sejak dilancarkan dalam majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara PUMA Malaysia dan Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM di Sunway, Khamis lalu.
Hal ini disebabkan rekaan jersi yang tidak digemari oleh rata-rata peminat bola sepak tanahair walaupun ia menampilkan kelainan tersendiri selain 'presentation' majlis pelancaran.
Netizen membuat perbandingan dengan Indonesia yang turut memperkenalkan jersi baru.
Iklan
Kapten Harimau Malaya, Dion Cools juga sempat memberi komen dan pertahanan Buriram United itu secara peribadi berasakan mempunyai jersi yang lebih baik.
Bagaimanapun, pemain negara lain seperti Stuart Wilkin dan Darren Lok berkongsi pandangan bahawa jersi itu bukan saja cantik malah berkualiti berdasarkan fabrik yang digunakan.
Cerita fasal jersi baru Harimau Malaya mendapat perhatian negara-negara jiran hingga turut menenggelamkan kehadiran jurulatih baru skuad negara Peter Cklamovski yang diperkenalkan secara rasmi dalam majlis berkenaan.
Apa pun, jersi baru skuad kebangsaan itu menampilkan teknologi ULTRAWEAVE revolusioner PUMA.
Ia direka bentuk untuk memberikan keselesaan ringan, fleksibiliti serta ketahanan bagi membolehkan pemain beraksi pada tahap tertinggi, sama ada di gelanggang tempatan atau pentas global.
Jersi rasmi utama dan 'away' Harimau Malaya, seperti kebiasaan, direka dengan warna kebangsaan ikonik pasukan iaitu kuning dan hitam, melambangkan kebanggaan dan daya tahan.
Jersi edisi terhad yang berharga RM319 itu kini boleh dibeli di kedai PUMA terpilih di seluruh negara.
Must-Watch Video