Skip to main content

Bola Sepak

JDT-PSG rancang kerjasama erat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nasser-al-khelaifi.jpg
Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Paris Saint-Germain (PSG) berpeluang untuk mengeratkan hubungan mereka lagi menerusi kerjasama dalam aspek penjenamaan, infrastruktur dan pembangunan akar umbi. 

Harimau Selatan mendedahkan langkah positif itu menerusi satu kenyataan sebentar tadi dengan memaparkan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bertemu pemilik PSG, Nasser Al-Khelaifi, di Doha untuk menyaksikan perlawanan Trophee des Champions membabitkan gergasi Ligue 1 itu dengan AS Monaco, tengah malam ini. 

Baginda mencemar duli apabila 'turun padang' bagi mengadakan perbincangan dengan pengurusan tertinggi PSG selain bertemu dengan barisan pemain kelab itu. 

 

Advertisement

Must Watch Video