Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Ulises Morais, menganggap misi awal pasukannya terlaksana selepas mengungguli Kumpulan D, Piala Malaysia dengan kemenangan 3-1 ke atas Selangor dalam aksi terakhir, malam tadi.
Selepas kejayaan mengekalkan gelaran Liga Super buat kali keempat berturut-turut, tumpuan JDT kini terarah kepada saingan Piala Malaysia pula.
Membarisi kumpulan bersama Selangor, Terengganu dan Sarawak, JDT bertekad memastikan mereka menamatkan saingan di tangga teratas.
Kecundang kepada Selangor dalam aksi sebelum ini di Selayang menyuntik semangat untuk bangkit di Larkin, sekaligus membuktikan mereka serius dalam memburu kejuaraan kali ini.
Meskipun terpaksa merehatkan beberapa tonggak utama susulan pembabitan mereka dengan tugasan skuad senior kebangsaan, Morais berpuas hati dengan pemain yang menggantikan tempat mereka.
"Kami tidak risau dengan situasi ini, iaitu beraksi dengan ketiadaan beberapa tonggak utama. Seluruh pemain dalam pasukan mempunyai kelebihan tersendiri dan saya percaya mereka dapat melaksanakan tugas dengan baik," kata Morais.
Dalam pada itu, Selangor bakal berdepan cabaran sukar apabila menamatkan saingan selaku naib juara kumpulan.
Ini kerana mereka akan bertemu Kedah dalam suku akhir, dengan kedua-dua pasukan sebelum ini berentap dalam final selama dua musim berturut-turut.
Pengendali Selangor, P. Maniam, tidak gentar untuk berdepan skuad Lang Merah, namun mengharapkan seluruh pemain skuad Merah Kuning itu berkeyakinan tinggi untuk mengatasi lawan.
"Segalanya tentang keyakinan pemain. Kami masih memiliki seminggu untuk menyuntik keyakinan lebih tinggi. Kami perlu meyakinkan pemain untuk beraksi dengan lebih baik.
"Berdasarkan rekod lalu, saya yakin kami mahu bangkit selepas tewas 3-1. Saya betul-betul percaya mereka akan bangkit," jelas Maniam.