LIGA SUPER MSIA
JDT sudah meledak 119 gol musim ini!
Johor Darul Ta'zim (JDT) kini sudah meledak sebanyak 119 jaringan musim ini dalam semua kejohanan dengan Bergson Da Silva muncul penyumbang terbanyak dengan 33 gol secara keseluruhan.
Pemain sayap berbisa, Arif Aiman Hanapi (16), muncul penjaring kedua terbanyak buat JDT diikuti Heberty Fernandes (15), Juan Muniz (14) dan Romel Morales (11).
Iklan
Dalam saingan Liga Super 2024/25 menyaksikan skuad Harimau Selatan telah menjaringkan 65 gol selepas 18 perlawanan dan merupakan jumlah paling banyak daripada semua pasukan.
Untuk rekod, saingan liga musim lalu skuad kendalian Hector Bidoglio itu mengumpul 100 jaringan sekali gus mengekalkan gelaran mereka buat kali ke-10 berturut-turut selain mendominasi secara total saingan Liga Malaysia.
Must-Watch Video