Skip to main content

Bola Sepak

JDT sambut kedatangan maestro tengah Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hector-hevel.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) malam tadi mengumumkan ketibaan maestro tengah Harimau Malaya, Hector Hevel, yang akan memperkuatkan pasukan mereka bagi saingan Liga Malaysia musim 2025-26.

Ia menyaksikan pemain warisan skuad negara itu sah meninggalkan kelab Portugal, Portimonense, untuk memperkasakan jentera tengah Harimau Selatan.

Menariknya, Hevel kini menyarung jersi nombor 8 yang ditinggalkan Legenda JDT, Safiq Rahim.

Hevel, 29, merupakan pemain kelahiran Leidschendam, Belanda, dan pernah mewakili pelbagai kelab di Eropah dan Asia seperti ADO Den Haag (Belanda), AEK Larnaca (Cyprus), Andorra (Sepanyol), Cartagena (Sepanyol) dan     Guangxi Pingguo (China).

Dia melakukan penampilan pertama bersama Harimau Malaya ketika menentang Nepal dalam pusingan kelayakan Piala Asia pada Mac lalu, di mana dia turut menjaringkan satu gol.

Advertisement

Must Watch Video