Skip to main content

Bola Sepak

JDT sambar Shahrul Saad, Guilherme De Paula

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shahrul-saad-de-paula.jpg
Hala tuju ketua pasukan Perak FC, Shahrul Saad, terjawab apabila dia dan Guilherme De Paula diumum sebagai tonggak baru Johor Darul Ta'zim (JDT), sebentar tadi. 

Beberapa jam sebelum sepak mula bertemu Penang di tempat lawan, dua anggota skuad kebangsaan itu diumum mengikat kontrak bersama juara Liga Super tujuh kali berkenaan dalam jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M) yang mula dibuka Isnin lalu dan akan ditutup hujung bulan ini. 

 

Welcome to the Home of Champions! ?? #ShahrulSaad #GuilhermeDePaula #LuaskanKuasamuJohor #JDTFamily

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, May 7, 2021


Desas-desus masa depan Shahrul menjadi perbualan peminat bola sepak tempatan memandangkan pada awalnya dikaitkan dengan Sri Pahang, kemudian ke Selangor. 

Isu gaji -- walaupun ada sumber di Perak menjelaskan ia sudah dilunaskan setakat bulan lalu -- namun pergolakan dalam kem The Bos Gaurus itu akhirnya memuncak malam tadi apabila pemain memboikot sesi persiapan sempena berdepan Sri Pahang di Ipoh, malam esok. 

Begitupun, JDT belum menjelaskan secara terperinci peranan kedua-dua pemain baru terbabit selain Harimau Selatan merancang meminjamkan beberapa pemain ke Melaka United, Sri Pahang, Sabah dan UiTM.

 

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim akan meminjamkan beberapa pemain kepada Melaka United, Sri Pahang, Sabah dan UiTM FC...

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, May 7, 2021
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video