Juara lima kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), mengumumkan telah mendapatkan khidmat import baru dari Brazil, Diogo Luis Santo, hari ini.
Dalam satu video menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers, JDT menampilkan Santo dan disertakan ucapan selamat datang.
Untuk rekod, penyerang itu yang sebelum ini mewakili kelab gergasi Thailand, Buriram United, telah melakukan 75 penampilan bagi saingan Liga Satu Thailand dan menjaringkan 70 gol.
Dia juga pernah menyarung jersi beberapa kelab terkemuka Brazil seperti Flamengo, Santos dan Palmeiras selain menjulang trofi Liga Super Greece bagi musim 2008/09, 2011/12 dan 2012/13 ketika mewakili Olympiacos.
Kredit foto: Facebook Johor Southern Tigers