Skip to main content

Bola Sepak

JDT mendominasi senarai pemain dalam kempen Piala Asia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

411307521_927051262124184_2966646508382676961_n.jpeg
Juara Liga Super Malaysia 10 kali, Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi satu-satunya pasukan yang membariskan pemain teramai dalam kempen Piala Asia Qatar 2023 kali ini.

Menurut perkongsian Asean Football, pemain JDT secara keseluruhannya mendominasi senarai pemain yang beraksi dalam kejohanan ini dengan seramai 15 orang pemain terdiri daripada 13 pemain Malaysia, seorang pemain Indonesia, dan seorang pemain Syria.

Senarai pemain-pemain tersebut adalah seperti berikut:

(Malaysia)
1. Syihan Hazmi
2. Matthew Davies
3. Corbin-Ong
4. Endrick dos Santos
5. Arif Aiman
6. Safawi Rasid
7. Akhyar Rashid
8. Shahrul Saad
9. Syahmi Safari
10. Afiq Fazail
11. Mohamadou Sumareh
12. Syamer Kutty
13. Natxo Insa

(Indonesia)
14. Jordi Amat

(Syria)
15. Jalil Elías

Malaysia akan memulakan aksi kempen Piala Asia dengan menentang Jordan pada Isnin-15 Jan, diikuti menentang Bahrain pada Sabtu-20 Jan, dan perlawanan terakhir kumpulan menentang Korea Selatan pada Khamis-25 Jan.

Dapatkan berita terkini, jadual penuh dan kedudukan pasukan Piala Asia Qatar 2023 di sini
   
Gambar: JOHOR Southern Tigers

Advertisement

Must Watch Video