Skip to main content

Bola Sepak

JDT akan beraksi 'away' di SSI

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-beraksi-away-di-ssi.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) dijadualkan untuk beraksi sebagai pasukan pelawat dalam aksi Liga Super minggu ke-11 bertemu Kelantan Darul Naim FC (KDN).

Kelantan DN menerusi presidennya, Rozi Muhamad memohon untuk menggunakan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebagai venue tuan rumah susulan Stadium Sultan Muhammad IV masih dalam proses naik taraf padang sehingga pertengahan Oktober depan.

Menerusi kemaskini terbaharu oleh pengelola liga bola sepak Malaysia, Malaysia Football League (MFL) mengesahkan permohonan tersebut dengan meminda venue asal dari Stadium Sultan Muhammad IV ke Stadium Sultan Ibrahim yang dijadualkan berlangsung pada 22 September 2024.



Antara sebab mengapa pihak Kelantan Darul Naim FC memilih SSI sebagai venue adalah disebabkan faktor penjimatan kos pengurusan kerana perlawanan mereka seterusnya akan berlangsung di Stadium Paroi, Negeri Sembilan.

“Oleh kerana lokasi kedua-dua venue berada berdekatan maka KDN FC bersetuju mengalihkan perlawanan ke SSI kerana dapat menjimatkan kos pengurusan", ujar Rozi Muhamad.

Gambar: Johor Southern Tigers

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video