PIALA ASEAN
Jawab soalan MUDAH, anda berpeluang MENANG jersi Harimau Malaya!
Sempena Kejohanan Bola Sepak Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 (dahulu dikenali sebagai Piala AFF) yang bakal membuka tirai 8 Disember 2024 ini, Stadium Astro menyediakan hadiah khas buat semua peminat bola sepak tanah air!
Bagi meraikan penyertaan Malaysia dalam Piala AMEC edisi kali ini, sehelai jersi Harimau Malaya yang ditandatangani barisan pemain kebangsaan kini boleh anda menangi.
Teka soalan yang disediakan serta kongsikan jawapan mengapa anda merupakan pilihan terbaik untuk memenangi jersi tersebut, jawapan yang tepat serta paling menarik bakal diumumkan usai Malaysia melepasi di peringkat kalah mati.
Iklan
Skuad kendalian Pau Marti itu akan terbang ke Phnom Penh bagi aksi pertama menentang Kemboja pada Ahad, 8 Disember 2024 sebelum aksi di tempat sendiri menentang Timor Leste.
Bagi perlawanan ketiga kumpulan, Harimau Malaya akan ke Bangkok untuk menentang Thailand sebelum kembali ke Bukit Jalil bagi aksi akhir kumpulan menentang Singapura.
Sekiranya Harimau Malaya berjaya layak ke saingan separuh akhir sebagai juara atau naib juara kumpulan A, perlawanan secara timbal balik akan diadakan, begitu juga bagi aksi perlawanan akhir.
Must-Watch Video