J Partiban berharap jaringan sulungnya mampu melonjakkan motivasinya untuk terus bantu Kedah Darul Aman menghadapi baki Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Jelas Partiban lagi, bukan mudah buat dirinya dan mana-mana pemain yang mengalami kecederaan serius dan perlu bangkit mendapatkan semula prestasi seperti sebelum ini.
Pemain kelahiran Ipoh itu turut teruja dengan suasana penyokong di Stadium Darulaman yang disifatkannya sebagai luar biasa.
"Bukan senang nak dapatkan rentak bersama Kedah tapi di sini semua berbeza.
"Saya gembira dapat berada di sini sebab komitmen mereka dalam latihan memang tinggi.
"Bukan senang untuk kembali daripada kecederaan dan gol ini akan menjadi motivasi buat saya, malah jurulatih dan rakan sepasukan akan tolong saya untuk pergi lebih jauh," katanya selepas perlawanan.