Skip to main content

Bola Sepak

Jaringan memukau Safawi hiasi kemenangan Malaysia

harimau-malaya-solomon.jpg
MALAYSIA 4 KEPULAUAN SOLOMON 1

Pemain gantian Harimau Malaya, Safawi Rasid, mencipta sensasi apabila meledak gol memukau dalam satu gerakan menarik. 


Pemain milik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dipertaruhkan selepas sejam permainan apabila dia menimbang bola terlebih dahulu disusuli penyudah kencang untuk jaringan ketiga skuad kebangsaan sebelum ledakan Lee Tuck melengkapkan kemenangan 4-1, sebentar tadi. 

Di sebalik permulaan garang, barisan kendalian Kim Pan-gon itu terlebih dahulu tersentak akibat kealpaan di bahagian benteng yang menyaksikan Raphael Lea'i menghukum kesilapan penjaga gol negara, Syihan Hazmi Mohamed, tatkala tuan rumah sudah terbuka luas pada minit ke-11.

Di peringkat awal, pertahanan Malaysia agak goyah sambil ketangkasan penjaga gawang Kepulauan Solomon, Philip Mango, menafikan deretan percubaan negara. 

Tetapi gemuruh itu mula dilenyapkan dengan dua gol di penghujung babak pertama menerusi Paulo Josue (m-40) diikuti sepakan penalti yang disempurnakan oleh Aiman Arif Hanapi (m-45).

Malaysia kurang agresif sebaik permainan bersambung sebelum tiga pertukaran serentak yang melibatkan Akhyar Rashid, Safawi dan Lee Tuck.

 

Langkah itu merancakkan lagi pertemuan di Sultan Mizan Zainal Abidin berkenaan dengan kesempatan menokok dua gol lagi menerusi Safawi (m-77) dan Lee Tuck (m-90). 

Malaysia akan mengharungi satu lagi perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 bertemu Papua New Guinea pada Selasa depan. 


 

Advertisement

Must Watch Video