Sebagai persiapan menjelang perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia menentang Malaysia, esok, Nepal sempat singgah ke Singapura dalam satu perlawanan persahabatan.
Menariknya, Nepal berjaya menang tipis 1-0, suatu keputusan yang mengejutkan tuan rumah.
Pasti kem Malaysia sudah pun membuat ulang kaji bagi memastikan Harimau Malaya tidak senasib dengan negara jiran itu, dan ada beberapa individu yang wajar diberikan perhatian.
Nama yang pasti diingati atas sebab jaringan tunggalnya menentang Singapura adalah penyerang Kathmandu Rayzrs, Gillespye Jung Karki, dalam saingan Liga Super Nepal. Pemain berusia 26 tahun ini telah membuat lima penampilan bersama pasukan kebangsaannya dan menjaringkan tiga gol secara keseluruhan.
Selain itu, kapten pasukan Kiran Kumar Limbu iaitu benteng terakhir Nepal juga mempunyai kemampuan dalam menghalang jaringan gol Malaysia. Mengumpul kap kebangsaan sejak 2016, pengalaman akan menjadi kunci utama pemain berusia 35 tahun ini di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) nanti.
Akhir sekali, jurulatih Matthew Ross. Pengendali yang pertama kali membuat debut bersama Nepal dan terus mencipta sejarah kejayaan di negara Singa juga berasal dari Australia. Jelas sekali lebih banyak ukiran sejarah yang didahagakan, dan Malaysia menjadi sasaran seterusnya.
Persoalannya sekarang, 'gentleman from down under' manakah yang akan mempunyai kelebihan di SSI nanti? Gentleman mereka, atau gentleman kita?
Saksikan Malaysia vs Nepal, Selasa, esok!