Pengurus Bayern Munich, Nico Kovac, menjangkakan James Rodriguez akan mengekalkan motivasi dan fokusnya sepanjang musim ini kerana dia "bermain demi masa depannya" di kelab itu.
James menyertai Bayern dengan perjanjian pinjaman selama dua tahun daripada Real Madrid pada permulaan musim lalu dan meskipun mempamerkan aksi memberangsangkan, prestasinya kurang konsisten.
Bayern bercadang untuk menawarkan kontrak tetap kepada James susulan aksi memukaunya dalam musim pertama dalam Bundesliga, namun mereka memberi bayangan sebaliknya, sekali gus meletakkan masa depan pemain Colombia itu dalam kesamaran.
James hanya diturunkan dalam skuad utama sebanyak lima kali bagi aksi Bundesliga dan tatkala Bayern bakal menyambung perjuangan mereka selepas rehat pertengahan musim berakhir untuk bertemu Hoffenheim awal pagi Sabtu ini, Kovac menggesa perancang itu agar mula menambat hati pengurusan untuk mengekalkannya.
"Persaingan sangat sengit, sesiapapun boleh merebut tempat," kata Kovac kepada pemberita.
"Semua pemain yang menandatangani kontrak di sini tahu mereka boleh disingkirkan daripada pasukan. Dia bermula dengan baik, kemudian dia berdepan beberapa masalah.
"Bagaimanapun, ketika aksi di Frankfurt (sebelum rehat Bundesliga), dia sekali lagi memperagakan aksi yang sangat menarik.
"James bermain untuk masa depannya, saya berharap dia terus berikan aksi terbaik. Saya lihat dia begitu bermotivasi dan fokus, dia mahu bermain dengan lebih kerap lagi.
"Sebagai jurulatih, saya hanya dapat menilai apa yang saya lihat di padang. Ia merupakan sesuatu yang rutin baginya, begitu juga dengan semua orang. Tiada apa yang lebih penting selain daripada itu."