Pemangku Sultan Johor itu ketika menjawab kepada satu ciapan di X juga mendedahkan segelintir individu tersebut tidak mempunyai visi yang jelas dan tidak memainkan peranan fungsi yang baik.
Dalam masa sama, TMJ mengambil Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) (PSSI), Erick Thohir, sebagai contoh kerana mempunyai empat eleman penting dalam memacu sebuah organisasi bola sepak.
Tetapi yang mengundi adalah affiliates/ahli gabungan. Pasukan pasukan dan persatuan juga. Itu pasal bola sepak Malaysia bermasalah. Orang yang ada dalam industry bola sepak yang tak berfungsi. No vision, commitment, knowledge and passion. Contoh, Eric Thohir ada duit, knowledge,…
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) November 2, 2024
Dalam satu lagi ciapan balas, TMJ turut menyelar pihak yang gagal menguruskan kewangan pasukan misalnya rundingan kontrak pemain, sebentar tadi.