Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pengadil dari Kuwait sah akan mengadili aksi pusingan keempat kelayakan Piala Dunia di antara Indonesia dan Arab Saudi di Jeddah bulan depan.
Sebelum ini, Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dilaporkan telah menghantar surat bantahan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC)selepas badan induk itu mengetahui bahawa pengadil yang akan mengendalikan perlawanan skuad kebangsaan mereka bulan depan merupakan pengadil yang berasal dari Kuwait.
Menurut laporan CNN Indonesia, Ketua Umum PSSI, Erick Thohir, mengesahkan pihaknya telah menghantar surat berkenaan sebagai tanda protes memandangkan pengadil berkenaan berasal dari rantau yang sama dengan lawan yang akan dihadapi mereka.
Indonesia akan menentang Arab Saudi bagi saingan Kumpulan B pada 8 Oktober ini sebelum bertemu Iraq tiga hari kemudian.
Difahamkan, PSSI meminta agar pengadil yang akan mengadili perlawanan itu dipilih dari negara neutral dan rantau berbeza.
Bagaimanapun, CNN Indonesia hari ini melaporkan bahawa perlawanan di King Abdullah Sports City itu sah akan diadili barisan pengadil dari Kuwait, yang diketuai oleh Ahmed Al-Ali.
Menariknya, hampir kesemua pegawai yang ditugaskan bagi perlawanan itu datang dari Kuwait kecuali penyelia pengadil dari Uzbekistan.