Skip to main content

Bola Sepak

Isu gaji: KFA buat Aidil Sharin tertanya-tanya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aidil-sharin-sahak.jpg
Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dilaporkan sudah menjelaskan baki 60 peratus pembayaran gaji pemain dan pegawainya bagi bulan Mac.

Bagaimanapun, di sebalik berita gembira itu, timbul pula satu perkara baru yang membuatkan ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak, tertanya-tanya.

Ia berdasarkan kekeliruannya apabila pihak KFA dikhabarkan masih mahu berunding mengenai baki pembayaran gaji yang masih tertunggak itu.

Jika itulah yang sedang difikirkan KFA, ia ternyata sudah melanggar ketetapan yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di mana tiada lagi pemotongan gaji bermula April lalu.

Namun, jika Kedah berhasrat untuk membuat pembayaran penuh, Aidil Sharin sedia ke meja rundingan.

"Apa yang ditetapkan oleh FAM dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia), pembayaran bulan Mac perlu diselesaikan sebelum bulan Mei atau Jun dan pembayaran selepas itu sepatutnya tidak boleh ada pemotongan.

"Jadi, saya fikir pemain sudah berpegang kepada kenyataan itu dan kita perlu berlaku adil kepada mereka.

"Kami bukannya tidak mahu bertolak ansur tetapi mereka sudah lama bersabar biarpun tidak menerima gaji," katanya.

Jurulatih itu turut menyuarakan kebimbangannya seandainya KFA gagal melakukan pembayaran sehingga November depan, di mana majoriti pemain dan jurulatih pada ketika itu sudahpun menamatkan kontrak mereka.

"Pihak pengurusan juga perlu memahami juga mengenai situasi yang dihadapi pemain dan pegawai.

"Melainkan mereka boleh menyelesaikannya (pembayaran) secara sekali gus, kami boleh berbincang lagi untuk melakukan sedikit pemotongan.

"Tetapi sehingga saat ini, kami belum mendapat sebarang berita mengenai bila mereka akan melakukan perbincangan berkaitan pemotongan itu," katanya lagi.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video