Skip to main content

Bola Sepak

Isu dokumentasi: SPRM kongsi status semakan terkini

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sprm.jpg
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan mengenai status terkini semakan terhadap isu melibatkan dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran tujuh orang pemain warisan negara.

SPRM dalam kenyataan berkenaan berkata: "Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan status terkini berhubung semakan terhadap isu yang melibatkan dakwaan pemalsuan dokumen pendaftaran tujuh (7) orang pemain warisan oleh Persatuan Bolasepak Kebangsaan (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

"SPRM telah berhubung dengan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan turut mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 

"Hasil daripada kerjasama tersebut, SPRM telah dibekalkan dengan beberapa dokumen berkaitan proses permohonan dan pendaftaran kewarganegaraan pemain-pemain terbabit.

"Berdasarkan semakan awal, SPRM ingin menegaskan bahawa isu ini dilihat sebagai berkaitan dengan proses teknikal dan tidak berada dalam bidang kuasa SPRM buat masa ini. 

"Selain itu, tiada sebarang asas kesalahan yang dikenal pasti di bawah Akta SPRM 2009 setakat ini.

"Sehubungan itu, SPRM tidak akan berhubung dengan pihak FIFA dan menyerahkan sepenuhnya isu ini kepada pihak FAM untuk diselesaikan bersama FIFA.

"SPRM menyeru semua pihak agar memberi ruang kepada proses penyelesaian yang sedang berlangsung dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan perbincangan antara pihak-pihak yang terlibat."

 
Football

Sedia Turun Padang

Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video