Skip to main content

Bola Sepak

Sekarang tiba-tiba keputusan diubah? Kenapa? -- Pemain naturalisasi Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liri.jpg
Pemain naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi, berkongsikan pandangan peribadinya megenai kemelut yang sedang melanda bola sepak tanah air ketika ini.

Dalam laman Story Instagram miliknya, dia turut berharap semua pihak bersatu padu dan terus memberikan sokongan buat pemain dan skuad kebangsaan. 

"Malaysia telah membuat segala perkara dengan betul. Setiap dokumen, prosedur dan langkah telah dipatuhi dengan kerjasama pihak kerajaan, FAM dan FIFA sendiri.

"Para pemain ini sudah pun diluluskan. Sekarang tiba-tiba keputusan diubah? Kenapa? Oleh siapa?

"Ini bukan masa untuk berpecah. Ini masanya untuk setiap rakyat Malaysia (iaitu) pemain, penyokong, media, kerajaan, semua untuk berdiri bersama.”

"Jika kita tidak mempertahankan maruah kita sendiri, tiada siapa lagi yang akan melakukannya.

"Sokong pemain kita, pasukan kita dan bendera kita. Kita tidak akan biarkan tekanan daripada pihak luar hentikan kebangkitan Malaysia." katanya.

Untuk rekod, dia yang lebih dikenali dengan jolokan 'MatDon' mendapat kerakyatan Malaysia pada 2020 selepas Mohamadou Sumareh dengan kini telah mengumpul enam kaps bersama skuad negara setakat ini.



Kasut Futsal

Masa Untuk Training

Tingkatkan stamina dengan kasut futsal berkualiti.


? Lihat Kasut

Advertisement

Must Watch Video