Skip to main content

Bola Sepak

Isu dokumentasi: Ini kenyataan MFL berikutan keputusan FIFA terhadap tujuh pemain warisan negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mfl-new.jpg
Malaysian Football League (MFL) mengeluarkan kenyataan berhubungan keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap kes penggantungan 12 bulan tujuh pemain warisan negara.

"Malaysian Football League (MFL) hari ini mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan penggantungan 7 pemain warisan selama 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)," kata badan penganjur itu menerusi laman web rasmi MFL.

"Berdasarkan keputusan FIFA itu, MFL mengesahkan bahawa tiga pemain daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang turut terlibat iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel tidak boleh beraksi dalam mana-mana pertandingan Liga Malaysia sepanjang tempoh penggantungan.

"Tindakan susulan bagi kes ini hanya akan dibuat MFL apabila keputusan rayuan FAM diumumkan oleh FIFA selepas ini."

FIFA mendapati FAM dan tujuh pemain warisan negara termasuk Machuca didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan isu pemalsuan dokumen dan sedang dalam proses rayuan ketika ini.

Tujuh pemain yang dikenakan tindakan FIFA adalah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Advertisement

Must Watch Video