Unionistas de Salamanca CF sudah menggantung pemain pertahanannya, Gabriel Palmero selepas pemain itu digantung 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Pasukan yang beraksi di divisyen tiga Liga Sepanyol itu dalam satu kenyataan berkata, mereka sudah dimaklumkan dengan tindakan disiplin daripada FIFA itu dan kini sedang mengumpul maklumat lanjut sebelum mengambil langkah seterusnya.
"Unionistas de Salamanca CF sudah menerima makluman mengenai Jawatankuasa Disiplin FIFA yang mengenakan sekatan ke atas FAM dan tujuh pemainnya.
"Ini termasuk salah seorang pemain kami, Gabriel Palmero atas kesalahan melanggar Artikel 22 Kod Disiplin FIFA.
"Pasukan sedang mengumpul semua maklumat berkaitan kes ini untuk menilai langkah seterusnya.
"Pemain itu akan diketepikan daripada sebarang aktiviti sukan sehingga perkembangan rasmi dimaklumkan," kata pasukan itu.

? COMUNICADO OFICIAL | Gabriel Felipe Arrocha "Palmero"https://t.co/Tch1XwcGgA
— Unionistas de Salamanca CF (@UnionistasCF) September 26, 2025