Jurularih Inter Milan, Simone Inzagh, optimis pasukan akan sedaya upaya untuk tidak melakukan sebarang kesilapan dalam perlawanan derby menentang AC Milan di pusingan terakhir Supercoppa Italiana pada Isnin.
Sasaran Inter adalah untuk menjulang gelaran Supercoppa yang keempat berturut-turut di Riyadh, di mana kemenangan pasukan bakal membawa setanding skuad Juventus dengan rekod sembilan gelaran kejohanan.
Inter Milan yang bakal menentang AC Milan yang baru bermain untuk kali kedua di bawah naungan Sergio Conceicao, tekad untuk memperbaiki prestasi perlawanan itu.
"Kami akan cuba untuk mengelakkan segala kesilapan ketika beraksi walaupun Milan di bawah naungan jurulatih baharu, akan tetapi mereka masih mempunyai pemain yang berkualiti" kata Inzaghi.
Inter akan diketuai oleh Lautaro Martinez yang telah menjaringkan satu jaringan dalam sembilan penampilannya, namun pemain Argentina itu telah memainkan peranan penting sepanjang tempoh naungan Inzaghi.
"Saya juga merupakan bekas penyerang, walaupun tidak sehebat dia, saya tahu apa maksudnya untuk tidak selalu menjaringkan gol"
Bila ditanya jika pasukan terlampau mengharapkan kapten mereka, Inzaghi tegas: "Saya rasa semua pasukan saya sentiasa mencari penyerang untuk menjaringkan gol, mereka selalu berjaya menjaringkan gol."
Adli Aidy
Mon Jan 06 2025