INTER 4 CAGLIARI 0
Pengurus Inter, Simone Inzaghi, menganggap Nerazzurri boleh berbangga dengan usaha mereka selepas menerajui Serie A tetapi menegaskan masih banyak usaha yang perlu dilakukan.
Juara bertahan itu mendahului musuh setempat, Milan, di puncak Serie A berikutan kemenangan bergaya 4-0 ke atas Cagliari di San Siro, awal pagi tadi.
Lautaro Martinez meledak dua gol -– dan gagal satu sepakan penalti -– sementara Alexis Sanchez dan Hakan Calhanoglu turut mencetak nama selaku penjaring.
Ia adalah satu persembahan yang dominan apabila Inter menikmati penguasaan bola sebanyak 75.2 peratus dengan mencatat 24 percubaan, tetapi kalau bukan kerana ketangkasan penjaga gol Cagliari, Alessio Cragno, mereka mampu melebarkan rekod jaringan itu.
Inter juga mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) dan akan mengetahui lawan yang bakal dihadapi dalam undian hari ini.
Inzaghi berpuas hati dengan pendekatan pemainnya untuk bertindak balas daripada kekalahan kepada Real Madrid pada pertengahan minggu lalu sambil menegaskan mereka tidak boleh mengambil mudah.
"Pemain beraksi dengan sangat baik. Saya menuntut tumpuan dan fokus kerana saya melihat hujung minggu ini begitu banyak kelab besar bergelut selepas perlawanan Eropah," katanya kepada DAZN.
"Saya sedar Cagliari akan cuba mengekang kami jadi kami memerlukan pendekatan yang tepat. Saya mengucapkan tahniah kepada anak buah saya berhubung sikap mereka dalam separuh masa pertama kerana walaupun hanya mendahului 1-0, mereka memperagakan prestasi yang betul dan kami hanya perlu memanfaatkan peluang yang ada.
"Kami berada di tangga teratas; kami mencapai pusingan 16 UCL selepas 11 tahun, jadi sukar untuk melakukan yang lebih baik lagi."

? | JOB DONE
— Int❄️r ??? (@Inter_en) December 12, 2021
??#ForzaInter #InterCagliari pic.twitter.com/gCKY5V1KKw