SERIE A
Insigne mahu menangi gelaran bersama Napoli
Lorenzo Insigne mencabar Napoli untuk menjuarai gelaran selepas gagal melakukannya sejak kebelakangan ini.
Napoli menjadi salah sebuah pasukan dalam saingan Serie A yang mantap di bawah kendalian Maurizio Sarri tetapi mereka sekadar menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga dalam dua musim pertamanya di Stadio San Paolo.
Insigne mahu ia ditukar bagi saingan musim ini, dengan meletakkan sasaran yang tinggi bersama Napoli dan Itali.
Iklan
"Kami sentiasa seronok dalam sesi latihan tetapi kami perlu meraih kemenangan. Kami mulai penat mendengar orang yang menyifatkan kami tidak mampu menjuarai gelaran.
"Ia membuatkan saya marah. Tahun ini, kami tidak boleh melepaskan peluang kami.
"Sasaran saya adalah memenangi sesuatu bersama Napoli, layak ke Piala Dunia bersama Itali. Saya berharap dapat melakukannya."
Napoli memulakan musim dengan dua kemenangan berturut-turut dalam saingan Serie A serta menewaskan Nice untuk layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL).
Must-Watch Video