SHAKHTAR DONETSK 2 NAPOLI 1
Lorenzo Insigne masih lagi bingung dengan aksi di bawah tahap sebenar yang ditonjolkan Napoli dalam kekalahan 2-1 kepada Shakhtar Donetsk, awal pagi tadi.
Selepas diundi dalam kumpulan sukar Liga Juara-Juara yang turut menempatkan Manchester City dan Feyenoord dalam Kumpulan F, skuad Serie A itu memang wajar untuk menempa kekalahan dalam aksi sulung mereka.
Shakhtar layak untuk memungut tiga mata apabila meraih jaringan hasil sentuhan Taison and Facundo Ferreyra sebelum sepakan penalti Arkadiusz Milik merancakkan lagi aksi pada lewat permainan.
Biarpun Napoli mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan, Insigne bagaimanapun mengakui kesilapan mereka sepanjang 90 minit.
"Kami sedar Shakhtar sebuah pasukan yang mantap dan mereka mempunyai kualiti di bahagian hadapan," katanya kepada Mediaset Premium.
"Sejujurnya, saya tidak tahu punca kami beraksi seperti ini.
"Kami akan berbincang mengenainya bersama jurulatih dan cuba membetulkan kesilapan kami.
"Mungkin sudah terlewat untuk kami bangkit tetapi kami mempunyai peluang dan gagal memanfaatkannya. Kami berpeluang untuk menyamakan kedudukan.
"Kami perlu akur dan berusaha keras untuk memperbaiki kesilapan kami."
Maurizio Sarri membuat rombakan terhadap barisan pemainnya apabila merehatkan tonggak utama, Dries Mertens, namun seorang lagi pemain, Allan, tidak mempunyai masalah dengan percaturan itu.
"Kami semua bersedia untuk bermain, oleh kerana itu kami juga bersedia direhatkan kerana perlu menempuhi banyak perlawanan.
"Saya menghormati tindakan jurulatih. Terdapat ramai pemain berkualiti di sini dan kami semua perlu bersedia," katanya.