Kapten Barcelona, Andres Iniesta, berpuas hati kerana kembali turun beraksi dan mencipta kemenangan 3-0 ke atas Juventus dalam aksi Kumpulan D, Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Iniesta menyempurnakan 83 minit dan kembali menemui sentuhan terbaik berdepan finalis UCL musim lalu itu, dengan merencanakan gol kedua yang diledak oleh Lionel Messi.
Perancang veteran itu telah kembali ke dalam kesebelasan utama Ernesto Valverde selepas dibelenggu masalah kecederaan, musim lalu.
Iniesta, yang beraksi dalam dua perlawanan kelayakan Piala Dunia untuk Sepanyol, sekadar membuat 23 penampilan di bawah kendalian Luis Enrique, penampilan paling rendah dalam kesebelasan utama sejak musim 2004-05.
"Saya gembira dalam saingan UCL dan bermain dengan baik berdepan lawan yang sukar," kata Iniesta.
"Ketika bersama Enrique, beliau mengendalikan pasukan secara adil.
"Jurulatih hanya mahu yang terbaik untuk kelab.
"Perkara yang penting untuk kami adalah berlatih dengan baik dan bersedia untuk diturunkan."
Tugas Barca seterusnya dalam saingan UCL adalah berdepan Sporting, yang meraih kemenangan 3-2 ke atas Olympiacos.
Skuad kendalian Valverde itu mahu terus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan LaLiga ketika berkunjung ke Getafe pada Sabtu ini.