Skip to main content

Bola Sepak

Ini kali kedua hadapi situasi kelab ditutup -- Yusri Che Lah anggap ujian besar, mahu berehat?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ycl.jpg
Pengerusi Perak, Datuk Seri Azim Zabidi, mengesahkan kelab itu tidak akan beraksi dalam Liga Super musim depan selepas tidak membuat permohonan Lesen Kebangsaan.

Berita tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat The Bos Gaurus, termasuk komen ketua jurulatih, Yusri Che Lah, yang sugul mengetahui status terkini Perak. 

Dalam masa sama, pengendali berusia 49 tahun itu menzahirkan kekecewaannya dan meluahkan pandangan terhadap keputusan yang tidak menyebelahi pasukannya itu.

"Ini bukan kali pertama saya melalui perkara ini.

"Pada 2006, saya menghadapi situasi sama sebagai seorang pemain ketika mewakili MBPJ.

 

"Ini adalah ujian besar buat para barisan kejurulatihan dan seluruh pemain Perak. 

"Ini bukan perkembangan yang baik buat kami.

"Seharusnya kami melihat peluang lain untuk masih beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M)," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Yusri Che Lah turut bersimpati dengan nasib pemain yang mahu meneruskan karier dalam bola sepak, apabila perlu merencana pelan B untuk kelansungan hidup.

Apa yang lebih merisaukan Yusri ialah masa depan bakat pemain muda Perak dengan menyeru supaya terus tabah menghadapi dugaan. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video