Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga Kumpulan B, sekali gus gagal mara ke pusingan kalah mati.
Meskipun bermula dengan langkah kanan dengan menundukkan Kemboja 4-0, namun skuad kendalian Cameron Ng mengalami kekalahan pertama ke atas Thailand pada perlawanan berikutnya.
Tersentak dengan keputusan tewas 1-7, Malayan Tigress perlu memperbaiki struktur bertahan menjelang pertemuan dengan tuan rumah, Indonesia.
Tetapi ia tidak menghalang Indonesia untuk tetap meraih kemenangan besar menewaskan pasukan wanita negara untuk mara ke separuh akhir kejohanan.
Jaringan daripada Nasywa Salsabila, Sydney Hopper, Jezlyn Azkha dan Allya Afianti cukup untuk menghantar pulang kem negara dan mengakhiri saingan di peringkat kumpulan.