Indonesia terus memperbaiki kedudukan ranking selepas mempamerkan kejutan mengikat dua gergasi bola sepak dunia dalam saingan Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.

Keputusan itu sekali gus meletakkan skuad kendalian Shin Tae-yong berada di tempat ke-129 terbaik dunia tatkala berjaya mengutip dua mata dalam dua aksi susulan seri berdepan Arab Saudi dan Australia di laman sendiri, semalam.


Tambahan sebanyak +15.44 mata berhasil diperoleh membolehkan Indonesia mengumpul mata keseluruhan sebanyak 1124.17 dan mendaki empat anak tangga berbanding sebelum ini.

Sang Garuda kini sudah memintas kedudukan Harimau Malaya yang berada di tempat ke-132 dunia.